PRN: Gabungan HARAPAN-BN beri impak luar biasa, gelombang baharu

19 Jul 2023 • 10:32 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LANGAT, 19 JULAI: Gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) bakal memberi impak luar biasa dan gelombang baharu pada pilihan raya negeri (PRN) Selangor kali ini.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga berkata persaingan kali ini menumpu kepada pembentukan kerusi Kerajaan Perpaduan berbanding komponen HARAPAN sahaja pada pilihan raya lalu.

“Kita Kerajaan Perpaduan, dulu kita fokus HARAPAN sahaja, kali ini kerusi KEADILAN (Parti Keadilan Rakyat), DAP, Amanah dan BN.

“Kekuatan HARAPAN bersama BN ini pasti memberi gelombang baharu yang kita tunjukkan untuk terus diterajui HARAPAN dan Kerajaan Perpaduan,” kata Rodziah Ismail.

Terdahulu beliau mengadakan lawatan ke tapak Projek Reban Ayam Daging Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat, Tanjung Sepat di sini.

Turut hadir, Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat A Razak Khasbullah; Pengurus Besar PPK Kuala Langat merangkap pengusaha projek reban ayam Ahmad Firdaus Abdul Halim; Pengarah Kumpulan Ramly Siti Hayu Ramly.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved