PRN: Jangan tunduk pada politik wang - Dr Mahathir

Politics
13 Jul 2023 • 8:41 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PUTRAJAYA: Pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri Ogos depan usah ‘tunduk’ dengan politik wang sebaliknya perlu melaksanakan kewajipan mereka secara bertanggungjawab, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Program Pemimpin-Pemimpin PKS di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini, beliau berkata setiap rakyat perlu mempunyai nilai dan integriti serta tidak terlibat dengan rasuah sehingga menjual negara.

“Kita perlu bertanggungjawab kepada negara kita dan tidak mengundi hanya kerana mendapat wang dan jangan terlibat dengan rasuah, dan kita harap rakyat Malaysia sayangkan negara ini serta tidak menjual negara sendiri kerana rasuah,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu serta Kedah diadakan serentak dan 12 Ogos sebagai hari pengundian manakala penamaan calon pada 29 Julai. -Bernama