PRN Johor : Annuar Musa dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pas

LocalPolitics
10 Jun 2026 • 1:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Johor : Annuar Musa dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pas
Annuar Musa

JOHOR BAHRU – Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pas Johor itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Penerangan Pas Johor, Mohd Firdaus Jaffar berkata, pelantikan Annuar yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu dibuat bagi memperkukuhkan gerak kerja parti.

“Pas Johor menyambut baik pelantikan Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri Johor dan yakin pengalaman serta kepimpinan beliau akan membantu memperkukuhkan persiapan dan penyelarasan gerak kerja menghadapi PRN Johor ke-16.

“Menjelang pilihan raya yang semakin hampir, seluruh jentera PasJohor diseru untuk terus memperkukuhkan kesatuan saf, memantapkan gerak kerja serta memberikan tumpuan sepenuhnya kepada persiapan pilihan raya,” katanya dalam kenyataan.

DUN Johor dibubarkan berkuat kuasa 1 Jun lalu selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh 60 hari bagi melaksanakan PRN.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved