PRN Johor: Anwar Tegaskan DAP Tak Pernah Halang Hak Melayu, Kerajaan Adil Pada Semua Kaum

LocalPolitics
6 Jul 2026 • 10:55 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Parti Tindakan Demokratik (DAP) tidak pernah mempersoal hak orang Melayu.

Kenyataan tersebut sekaligus menafikan naratif sesetengak pihak yang mengatakan parti berkenaan sebagai sebuah pertubuhan perkauman.

Memetik Sinar Harian, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, DAP tidak pernah membantah hasrat beliau untuk mewartakan 20.23 hektar tanah di Bandar Malaysia untuk kepentingan bumiputera sebagai Tanah Rizab Melayu.

Kerajaan Hulur Bantuan Kepada Semua Rakyat Miskin

Dalam menjaga kepentingan hak orang Melayu, kerajaan juga tidak tutup sebelah mata dan turut memberi bantuan kepada penduduk kaum Cina dan India yang hidup dalam kesusahan.

“Kita buat program (untuk masyarakat) Melayu, bumiputera, tambah peruntukan untuk Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), dia (DAP) tak ada masalah.

“Tapi saya kena (juga) jaga supaya program dengan orang Cina tidak dihalang. Orang Cina yang miskin patut dibantu, orang India yang miskin patut dibantu, majoriti Melayu miskin patut dibantu,” tegas Anwar.

Beliau berkata demikian semasa berlangsungnya Program Temu Anwar pada semalam (5 Julai).

Baca Artikel Berkaitan: PRN Johor: “Jangan Sombong & Lupa Daratan” – Anwar Ingatkan Semua Berkempen Dengan Sopan

Kerajaan Agihkan Bantuan Dengan Adil Dalam Keadaan Ekonomi Meningkat

PMX dalam masa sama berkata hasil keuntungan yang diperoleh perlu diagihkan secara adil dan saksama kepada seluruh rakyat dan bukannya untuk kepentingan peribadi individu tertentu lebih-lebih dalam kepesatan ekonomi negara pada ketika ini.

Anwar menegaskan, pertumbuhan ekonomi negara diukur daripada kesejahteraan rakyat termasuklah dari aspek:

  • Penyediaan rumah yang selesa
  • Kemudahan asas yang baik
  • Peningkatan mutu pendidikan

“Ekonomi sedang meningkat, kita hendak supaya diagihkan dengan adil, pastikan rumah rakyat, gerai, kemudahan asas, mutu pendidikan diperbaiki. 

“Saya nak anak-anak faham, kuasa itu amanah untuk digunakan, bukan untuk memperkaya diri. Politik bukan untuk memperkaya diri sendiri, politik adalah untuk memberi khidmat,” ulas beliau.

Baca Artikel Berkaitan: Senarai Penuh Calon PRN Johor Ke-16

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’ Berteraskan Keperluan Penduduk

PH pada 3 Julai lalu, telah melancarkan manifesto ‘Johor Untuk Semua’ sebagai tawaran kepada pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Antara teras utama tawaran tersebut adalah:

  1. Perlindungan kesihatan hingga RM100,000 setahun bagi golongan B40, M40, dan Orang Kurang Upaya (OKU) di bawah Skim Kesihatan Johor.
  2. Pembinaan 80,000 unit Rumah Mampu Milik dalam tempoh lima tahun.
  3. Bantuan deposit RM8,000 bagi pemilikan rumah pertama melalui Skim Sewa Milik (Rent-to-Own).
  4. Peruntukan dana berjumlah RM500 juta bagi memperkasakan pembangunan generasi muda di Johor.
  5. Akses Internet gigabit, makmal AI serta robotik di seluruh daerah menjelang 2030 bagi semua sekolah di Johor.

Pakatan Harapan Taruhkan 56 Calon Dalam PRN Johor Ke-16

Untuk info, PH dan Barisan Nasional (BN) masing-masing mempertaruhkan 56 calon pada PRN Johor kali ini.

Manakala PN (33), Bersama (15), MUDA (4), Parti Orang Asli Malaysia (1), Parti Sosialis Malaysia (1) serta enam (6) calon Bebas.

Baca Artikel Berkaitan: ‘Jangan Terkejut Apa Manifesto PH Akan Tawarkan Kepada Rakyat Johor Nanti’ – Dr Zaliha

Baca Artikel Berkaitan: PRN Johor: Elak PH Menang, Undi BN Di Kerusi DUN PN Tidak Bertanding – Tuan Ibrahim [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ini Apa Yang Akan Berubah & Mula Dilaksanakan Di Malaysia Bermula 1 Julai 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved