PRN Johor: Bekas menteri, Exco, ahli Parlimen antara 56 calon PH

LocalPolitics
22 Jun 2026 • 11:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Johor: Bekas menteri, Exco, ahli Parlimen antara 56 calon PH
Anwar semasa bergambar kenangan bersama 56 orang calon pilihan raya pada majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan Pilihan Raya Negeri Johor Ke-16 di Bukit Gambir. Foto Bernama
Image from: PRN Johor: Bekas menteri, Exco, ahli Parlimen antara 56 calon PH
Calon PKR bagi kerusi DUN N41 Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik.

TANGKAK - Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik antara nama besar yang diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Pengumuman senarai 56 calon PH itu dibuat oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis di Bukit Gambir, Tangkak malam Isnin.

Selain itu, Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat turut dicalonkan di kerusi DUN Larkin, manakala Naib Pengerusi Amanah Johor, Dr Zuhan Zain ditampilkan di DUN Mahkota yang sebelum ini dianggap kubu kuat UMNO.

**media[3559436]**

Selain itu, dua bekas Exco Kerajaan Johor era Pakatan Harapan (PH) iaitu Mohd Khuzzan Abu Bakar (Semerah) dan Dzulkefly Ahmad (Kota Iskandar) kembali mewakili kerusi masing-masing yang ditandingi sebelum ini.

Muka baharu iaitu Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezuddin Puad (Kempas) dan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor dan Mohd Fakharuddin Moslim (Pasir Raja).

Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar pula kali ini mencuba nasib di kerusi DUN Senggarang sementara Noraziah Mohd Razit (Buloh Kasap); Ng Kor Sim (Jementah); Jalex Lee En Xiang (Pemanis) dan Mohd Afif Abd Hamid (Kemelah).

Turut mempertaruhkan nasib Elia Nadira Sabudin (Tenang); Tay Yok Jiuen (Bekok); C Subramani (Bukit Kepong); Muhd Najib Lep (Bukit Pasir); Mohd Nor Mohd Yusof (Gambir) dan Ee Chin Li (Tangkak).

Ini termasuk Ahmad Nazari Abd Hamid (Serom); Ng Yak Howe (Bentayan) Nazri Abd Rahman (Simpang Jeram); Md Ysahrudin Kusni (Bukit Naning); Muhammad Taqiuddin (Maharani) dan Ayna Soraya Badaruddin (Sungai Balang).

Hishamuddin (Sri Medan); Yong Hui Yi (Yong Peng); Ramli Abd Hamid (Semarang); Md Ezam Md Taslim (Parit Yaani); Shazwan Dzainal Abidin (Parit Raja); Felicia Poh Rui Ling (Penggaram); Mohamad Yazid Bakri (Rengit) dan Nor Hafiz Roslan (Machap).

Sementara Guna Balakrishnan (Layang Layang); Chu Poh Yee (Mengkibol); Dr Ruben Arumungum (Paloh); Mohd Sabri Abd Kadir (Kahang); Saiful Nizam Samad (Endau); Md Yusof Dawam (Tenggaroh) Ahmad Daniel Sharudin (Panti) dan Amirul Husni Onn (Sedili).

Danish Hossman Abd Rahman (Johor Lama); Mohd Sawaludin Salleh (Penawar);Faizul Abdul Ghani (Tanjung Surat); Nor Zulaila Abd Ghani (Tiram); Lee Wern Yiing (Johor Jaya) dan Teo Siew Hui (Permas).

Cheng Kah Eng (Stulang); Alan Tee Boon Tsong (Perling); Kartiyaini Jeyapalan (Skudai); Mohamad Shafwan Ani (Bukit Permai); Chiong Sen Sern (Bukit Batu); Wong Bor Yang (Senai); Abd Razak Ismail (Benut); Haniff@Ghazali Hosman (Pulai Sebatang); Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) dan Cheah Chee Hong (Kukup).

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved