SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Empat kerusi yang ditandingi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor merekodkan kemenangan dengan majoriti melebihi 20,000 undi.
Kemenangan terbesar direkodkan di DUN Permas apabila calon BN, Baharudin Mohamed Taib, memperoleh 51,274 undi untuk menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersama Malaysia dengan majoriti 29,505 undi.
Di DUN Tiram, Datuk Abdul Halim Suleiman turut mencatat kemenangan selesa selepas meraih 49,965 undi, sekali gus memperoleh majoriti 28,255 undi mengatasi calon PH, PN dan Parti Bersama Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN: PRN Johor: 55 calon hilang wang deposit
BN menang besar 48 kerusi DUN Johor - SPR
[RASMI] PRN Johor: SPR umum BN menang besar 48 kerusi DUN Johor
Di Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad meraih 52,892 undi untuk menang dengan majoriti 21,206 undi selepas mengatasi calon PH, PN dan Parti Bersama Malaysia.
Sementara itu, Mohd Hairi Mad Shah mempertahankan DUN Larkin apabila memperoleh 33,882 undi dengan majoriti 20,282 undi menewaskan calon PH dan Parti Bersama Malaysia.
Dalam pada itu, Simpang Jeram muncul sebagai kerusi paling marginal pada PRN Johor apabila calon PH, Ir Ts Nazri menang dengan majoriti hanya 170 undi selepas memperoleh 12,022 undi untuk menewaskan calon BN, PN dan MUDA.
ARTIKEL BERKAITAN:
[RASMI] PRN Johor: Maszlee menang DUN Puteri Wangsa
SPR teliti isu muat naik kertas undi sudah dipangkah di media sosial
Anwar ucap tahniah kepada BN, janji Kerajaan Persekutuan terus bantu Johor
[RASMI] PRN Johor: Pas hilang kubu terakhir
PRN Johor: Kekalahan PN sudah dijangka, pengerusi perlu bertanggungjawab letak jawatan
BN turut mempertahankan DUN Bukit Batu menerusi R Kumaran yang memperoleh 16,899 undi dengan majoriti 174 undi, mengatasi calon PH, Bebas dan Parti Bersama Malaysia.
Sementara itu, calon PH, Andrew Chen Kah Eng memenangi DUN Stulang dengan majoriti 623 undi selepas meraih 17,560 undi bagi menewaskan calon BN, PN dan Parti Bersama Malaysia.
Keputusan itu menunjukkan PRN Johor menyaksikan beberapa kemenangan besar yang memperkukuhkan kedudukan BN selain memperlihatkan persaingan sengit di beberapa kerusi.






