
JOHOR BAHRU, 11 JULAI: Sebanyak 56.77 peratus atau 1,522,961 daripada lebih 2.6 juta pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing bersempena dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, setakat 3 petang ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semarang, mencatatkan peratus keluar mengundi tertinggi sebanyak 66.1 peratus, diikuti DUN Sri Medan (64.4 peratus) dan DUN Penawar (64.2 peratus).
Bagaimanapun, DUN Penggaram merekodkan peratusan keluar mengundi terendah iaitu 48.8 peratus, DUN Bentayan (49 peratus) dan DUN Perling pada kadar 50.3 peratus.
Sebagai perbandingan, jumlah keluar mengundi bagi tempoh sama pada PRN Johor ke-15 ialah 45.39 peratus atau 1,168,809 daripada lebih 2.57 pengundi.
Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Johor ke-16, layari https://prn.bernama.com/johor.






