Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Suruhanhaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan bahawa mana-mana majikan yang secara langsung atau tidak langsung enggan memberikan tempoh munasabah atau menghalang pekerjanya daripada mengundi adalah satu kesalahan.
Jika disabit kesalahan, majikan boleh didenda RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh satu (1) tahun.
Beri Tempoh Munasabah Kepada Pekerja Berdaftar Untuk Keluar Mengundi – SPR
Sehubungan itu, SPR meminta semua majikan agar memberi tempoh munasabah kepada pekerja yang berdaftar dan layak sebagai pemilih untuk keluar menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, esok (11 Julai 2026).
Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai kekhuatiran orang ramai mengenai kemungkinan terdapat majikan yang tidak membenarkan pekerja mereka untuk keluar mengundi.
Mengulas lanjut, SPR mengingatkan majikan agar mematuhi Seksyen 25 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5] bagi memastikan pekerja, yang merupakan pemilih berdaftar dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara.
Majikan Tidak Dibenarkan Buat Potongan Gaji Kerana Pekerja Keluar Mengundi
Dalam pada itu, Khairul juga menegaskan bahawa majikan tidak dibenarkan membuat sebarang potongan gaji atau saraan lain selain mengenakan apa-apa penalti kepada pekerja atas sebab mereka menunaikan tanggungjawab mereka, yakni keluar mengundi.
“SPR berharap agar semua majikan dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan proses pengundian dapat berlangsung dengan lancar serta menggalakkan penyertaan pengundi yang tinggi dalam PRU Dewan Negeri Johor ke-16,” katanya.
Baca Artikel Berkaitan: Anwar Ibrahim Dakwa PRN Johor Dibuat Awal Demi Bebaskan Najib Razak
172 Calon Bertanding Untuk PRN Johor Ke-16
Untuk info, seramai 172 calon bertanding merebut 56 kerusi DUN pada PRN kali ini.
PH dan Barisan Nasional (BN) masing-masing mempertaruhkan 56 calon. Manakala PN (33), Bersama (15), MUDA (4), Parti Orang Asli Malaysia (1), Parti Sosialis Malaysia (1) serta enam (6) calon Bebas.
Baca Artikel Berkaitan: Senarai Penuh Calon PRN Johor Ke-16
Baca Artikel Berkaitan: PRN Johor: Anwar Konsisten Lawan Rasuah, Sewajarnya Dapat Sokongan Penuh – Penganalisis
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Ada Kena-mengena Dengan Najib”- Onn Hafiz Jelaskan PRN Johor Dibuat Untuk Kembalikan Mandat Rakyat
“Ini Masa Depan Kamu, Baliklah Undi” – PMX
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa seluruh pengundi Johor, termasuk yang berada di luar negeri dan Singapura supaya pulang menunaikan tanggungjawab mengundi pada 11 Julai ini.
Jelas beliau, setiap undian mampu menentukan hala tuju serta masa depan rakyat.
“Saya harap kawan-kawan bagi kerjasama. Anak-anak yang ada di Singapura, balik undilah. Ini masa depan kamu. Anak-anak di Kuala Lumpur pun kena balik.
“Kalau kita tak mengundi, orang tak sokong kita, rugi kita. Ini bukan selalu, empat atau lima tahun sekali,” kata beliau, dipetik Sinar Harian.

Baca Artikel Berkaitan: PRN Johor: Anwar Tegaskan DAP Tak Pernah Halang Hak Melayu, Kerajaan Adil Pada Semua Kaum
Baca Artikel Berkaitan: PRN Johor: RTM Sedia Jadi Pentas Dialog Antara Maszlee & Onn Hafiz – Fahmi
Baca Artikel Berkaitan: PRN Johor: Elak PH Menang, Undi BN Di Kerusi DUN PN Tidak Bertanding – Tuan Ibrahim [Video]






