PRN Johor: Manifesto Pas hanya di kawasan kerusi bertanding - Tuan Ibrahim

LocalPolitics
4 Jul 2026 • 12:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Johor: Manifesto Pas hanya di kawasan kerusi bertanding - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim

PASIR MAS - Pas tidak mengemukakan manifesto secara menyeluruh bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, sebaliknya hanya menawarkan inisiatif khusus di kawasan yang ditandingi parti tersebut.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pendekatan itu diambil kerana Pas hanya bertanding di 11 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, selain memberi fokus kepada peranan sebagai pembangkang dan semak imbang di negeri berkenaan.

“Secara spesifik, ada beberapa tawaran dibuat di kawasan-kawasan tertentu.

“Kita ambil kira keperluan pengundi di kawasan itu untuk selesaikan masalah setempat,” katanya kepada selepas Mesyuarat Agung Pas Kawasan Pasir Mas di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, manifesto secara umum lazimnya dikemukakan oleh parti yang bertanding untuk membentuk kerajaan negeri, namun dalam konteks Pas di Johor, fokus utama adalah peranan semak dan imbang di Dewan Undangan Negeri.

“Jumlah kerusi kami bertanding hanya 11 daripada 56.

“Jadi keutamaan ialah bagaimana kami berperanan dalam konteks semak dan imbang terhadap pentadbiran kerajaan negeri,” katanya.

PRN Johor akan diadakan 11 Julai ini, manakala pengundian awal pada 7 Julai.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved