PRN Johor: Muhyiddin Ajak Rakyat Kenang Jasa PN, Urus Negara Ketika Covid-19

LocalPolitics
30 Jun 2026 • 9:23 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kian terasa. Manakan tidak, ramai yang sudah mula dilihat mengeluarkan ‘senjata’ untuk memenangi hati masyarakat setempat.

Ini kerana hanya tinggal kurang dua minggu sahaja lagi sebelum tibanya hari mengundi pada 11 Julai.

Muhyiddin Ajak Rakyat Kenang Jasa Perikatan Nasional Ketika Covid-19, Bantuan Disalurkan Dengan Cepat

Semalam (29 Jun), Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak rakyat untuk mengenang semula jasa Perikatan Nasional (PN) yang membantu rakyat ketika zaman pandemik Covid-19.

Jelas Muhyiddin, bantuan yang disalurkan oleh kerajaan ketika beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada waktu itu dapat disalurkan dengan cepat.

Ini kerana menurutnya, pentadbiran PN pada ketika itu mempunyai sistem pengurusan yang berkesan.

Terang Muhyiddin yang juga merupakan Pengerusi PN, pengalaman mentadbir ketika negara sedang berhadapan dengan krisis kesihatan itu membuktikan PN mempunyai sistem penyampaian bantuan yang cekap sehingga wang dapat disalurkan secara terus ke akaun penerima dalam tempoh masa yang singkat.

“Saudara masih ingat zaman Covid? Waktu itu, macam mana Allah tetapkan saya jadi Perdana Menteri. Tapi zaman susah, zaman wabak penyakit yang melanda seluruh negara dan seluruh dunia.

“Dalam keadaan yang susah itu pun, kerana ini satu amanah dan tanggungjawab, saya pikul.

“Saya usahakan bersungguh-sungguh, tak tidur siang dan malam, memikirkan bagaimana negara mesti diselamatkan, rakyat kita jangan mati oleh penyakit atau mati kerana tidak ada makanan di atas meja,” katanya yang dipetik dari Malaysia Gazette.

Memetik Kosmo, Muhyiddin menjelaskan kerajaan di bawah pimpinannya pada ketika itu telah melaksanakan perbelanjaan besar bagi tujuan membantu rakyat serta memulihkan ekonomi negara dengan anggaran perbelanjaan berjumlah RM850 bilion.

Turut Buat Perbandingan Penyaluran Bantuan Oleh Kerajaan Negeri, Dakwa Rakyat Terpaksa Menunggu Lama

Pada masa sama, Muhyiddin turut membuat perbandingan penyaluran Bantuan Kasih Johor (BKJ) yang disalurkan oleh kerajaan negeri pada ketika ini yang membuatkan rakyat terpaksa menunggu lebih lama.

“Ada orang kata Johor ini dah okey, Menteri Besar hebat bagi bantuan BKJ. Banyak mana? RM200. Waktu zaman saya berapa banyak?

“Bila ada pengumuman Perdana Menteri, semua tunggu depan televisyen nak tengok apa yang Tan Sri Muhyiddin nak umum.

“Bukan ambil masa berbulan. Dalam masa seminggu, tengok dalam akaun bank, dapat duit lagi RM2,000, RM3,000. Betul tak?

“Itu cara kita menguruskan. Waktu saya kita belanja berpuluh-puluh bilion (ringgit), tak ada orang tunggu. Duit masuk terus dalam akaun kerana ada sistem,” jelasnya.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap dalam program Sembang Santai di Kampong Jayor, Bukit Kepong, semalam (29 Jun).

Untuk info, Muhyiddin pernah memegang jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac 2020 sewaktu negara sedang berdepan Covid-19.

Baca Artikel Berkaitan: PRN Johor 11 Julai & Negeri Sembilan 1 Ogos: SPR Jelas Faktor PRN Dijalankan Berasingan

Baca Artikel Berkaitan: PRN Johor & N9 Bakal Berlangsung Tidak Lama Lagi, Ini Info Penting Pengundi Perlu Tahu

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved