PRN Johor: 'Setiap undi itu berharga' - Pekerja Singapura datang awal tunai tanggungjawab

LocalPolitics
11 Jul 2026 • 9:08 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Johor: 'Setiap undi itu berharga' - Pekerja Singapura datang awal tunai tanggungjawab
Sri Sangkar Gopalkrishnan

JOHOR BAHRU - Demi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, seorang pekerja di Singapura keluar rumah seawal jam 6.30 pagi sebelum memulakan tugas pada hari pengundian.

Sri Sangkar Gopalkrishnan, 43, berkata, dia yang menetap di Gelang Patah tiba di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Universiti 2, Skudai pada jam 7.10 pagi.

Menurutnya, dia perlu mengundi lebih awal kerana waktu kerjanya bermula pada jam 8.30 pagi di Singapura sebagai pembantu gudang.

"Saya keluar rumah awal supaya sempat mengundi sebelum masuk kerja. Selepas selesai mengundi, saya akan terus ke tempat kerja di Singapura.

"Majikan turut memberikan kelonggaran kepada saya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Sri Sangkar bekerja di Singapura sejak berusia 26 tahun dan berulang-alik setiap hari dari Gelang Patah demi mencari rezeki.

Dia turut menggesa rakyat Johor supaya keluar mengundi kerana setiap undi amat berharga.

"Saya harap rakyat Johor yang lain juga keluar menunaikan tanggungjawab.

"Setiap undi itu berharga. Ini untuk masa depan anak dan cucu kita," katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved