SHAH ALAM – Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang diterajui bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli didakwa menjadi 'pengacau' kepada DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila memecahkan undi sehingga memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) di beberapa kerusi.
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua berkata, kewujudan Bersama dalam persaingan itu menyebabkan Pakatan Harapan (PH) secara keseluruhannya kehilangan kerusi yang sepatutnya mampu dipertahankan, selain hampir menjejaskan kemenangan gabungan itu di beberapa kawasan lain.
“Bersama hanya menjadi pengacau undi. Kami tewas di Perling dengan kira-kira 1,800 undi, manakala Bersama memperoleh hampir 3,000 undi.
ARTIKEL BERKAITAN: PRN Johor: 55 calon hilang wang deposit
[RASMI] Keputusan penuh 56 kerusi PRN Johor ke-16
BN menang besar 48 kerusi DUN Johor - SPR
[RASMI] PRN Johor: SPR umum BN menang besar 48 kerusi DUN Johor
[RASMI] PRN Johor: Maszlee menang DUN Puteri Wangsa
SPR teliti isu muat naik kertas undi sudah dipangkah di media sosial
Anwar ucap tahniah kepada BN, janji Kerajaan Persekutuan terus bantu Johor
PRN Johor: Kekalahan PN sudah dijangka, pengerusi perlu bertanggungjawab letak jawatan
“Mereka juga hampir menyebabkan kami kalah di Stulang, apabila kami hanya menang dengan majoriti sekitar 600 undi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad.
Keputusan PRN Johor pada Sabtu menyaksikann BN mengekalkan kerajaan negeri di Johor dengan memenangi 48 kerusi iaitu lapan lebih banyak daripada yang dimenanginya dalam PRN pada Mac 2022.
PH yang kini merupakan satu-satunya pembangkang di Johor memenangi lapan kerusi, menurun daripada 13 kerusi yang dimenangi sebelum ini.
Tony yang juga bekas Ahli Parlimen Damansara menegaskan, PKR turut kehilangan kerusi Bukit Batu akibat 'gangguan' undi oleh Bersama.
Menurutnya, mengundi Bersama sebenarnya bermaksud memberi laluan kepada BN untuk memenangi lebih banyak kerusi.
Mengulas keseluruhan keputusan PRN Johor, Tony mengakui DAP telah membuat persediaan menghadapi kemungkinan paling buruk memandangkan Johor merupakan kubu terkuat UMNO.
“Ada sebab mengapa BN bertegas mahu mengadakan pilihan raya negeri lebih awal secara bersendirian di Johor. Tidak dapat dinafikan bahawa Johor merupakan negeri paling kuat bagi UMNO.
“Arahan Pas supaya ahlinya menyokong BN di kerusi yang sengaja tidak ditandingi parti itu menjadikan cabaran yang sedia sukar bertambah mencabar,” ujarnya.
Tony berkata, sebelum hari pengundian beliau menjangkakan DAP mampu mengekalkan kemenangan di tujuh daripada 10 kerusi yang dipertandingkan.
Bagaimanapun, katanya, DAP hanya berjaya mempertahankan enam kerusi dan tewas tipis di dua lagi kerusi.
"Ia bukan keputusan yang cemerlang, tetapi masih boleh dipertahankan. Kami berjaya bertahan, tetapi hanya sekadar itu. Kami perlu melakukan yang lebih baik," ujarnya.
Kata Tony, tumpuan kini beralih kepada PRN Sembilan yang disifatkannya mempunyai landskap politik berbeza berbanding Johor dan perjuangan akan diteruskan mereka.




![[TIDAK RASMI] PRN Johor: Parti Kancil ketinggalan di 7 daripada 17 kerusi ditandingi DAP](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/07/11/3579162.webp)
