PRN Kedah: Dr Mahathir, Dr Siti Hasmah mengundi bagi DUN Anak Bukit

Politics
12 Aug 2023 • 11:23 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

ALOR SETAR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak ketinggalan menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Anak Bukit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah hari ini.

Beliau bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, hadir di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Titi Gajah dan kedua-duanya selesai mengundi pada 9.22 pagi.

Dr Mahathir ketika ditemui pemberita berkata, setakat pagi ini beliau melihat tidak ramai pengundi berada di pusat pengundian dan menyeru agar rakyat Kedah keluar mengundi sebelum pusat itu ditutup.

Bekas ahli Parlimen Langkawi berusia 98 tahun itu berkata, pengundian pada PRN ini penting bagi menentukan parti mana akan menerajui pentadbiran kerajaan negeri Kedah.

"Kadang-kadang orang kita ini tak ambil berat jadi tak keluar mengundi, sepatutnya dia keluar mengundi kerana ini untuk menentukan masa depan. Tapi ada orang mungkin bosan rasa mengundi tak jadi apa...ini perasaan tak bertanggungjawab," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai tahap kesihatan beliau susulan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi mendapatkan rawatan akibat jangkitan awal bulan ini, Dr Mahathir berkata beliau kini berada dalam keadaan yang baik.

“Keadaan kesihatan saya baik tapi mengalami sedikit demam, jadi doktor mahu saya ke hospital (tapi) saya tidak mahu ke hospital. Saya rasa boleh dirawat di rumah tapi mereka tetap mahu saya ke hospital.

“Saya di hospital selama dua hari, selepas itu dibenarkan pulang. Saya sudah sihat sekarang,” katanya. - 12 Ogos, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved