PRN: Kempen secara beradab, elak menghina, fitnah: Menteri Agama

Politics
30 Jul 2023 • 2:55 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

image is not available

TAIPING - Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dinasihatkan agar menjaga adab dan mengelak menghina orang lain ketika berkempen, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata mereka juga perlu menjauhkan perbuatan memfitnah ketika berkempen apatah lagi perbuatan yang boleh memecah-belahkan perpaduan negara ini.

“Allah sendiri mengharamkan mana-mana pihak menghina kaum dan manusia yang lain. Dalam konteks ini (PRN) calon-calon boleh berbeza pendapat, politik dan ideologi namun perlu menjauhkan perbuatan menghina dan memecah-belahkan kaum negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas simbolik penyerahan bantuan perumahan Inpsirasiku MyHaus di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di sini hari ini.

Katanya para calon sebaliknya perlu menumpukan terhadap polisi dan dasar yang ditawarkan kepada pengundi dan memastikan ia dipenuhi untuk kesejahteraan rakyat.

Semalam menyaksikan penamaan calon 245 kerusi bagi PRN Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu yang menandakan bermulanya kempen sehingga menjelang hari pengundian yang ditetapkan pada 12 Ogos depan. - 30 Julai, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved