PRN: Kesemua 19 Calon Muda Telah Isytihar Semua Aset

Politics
3 Aug 2023 • 11:03 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

PRN: Kesemua 19 Calon Muda Telah Isytihar Semua Aset

PETALING JAYA, 3 Ogos (Bernama) — Kesemua 19 calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini telah mengisytiharkan semua aset, termasuk senarai aset dan liabiliti terkumpul dalam akuan berkanun (SD) dan boleh diakses umum melalui laman sesawang parti itu, undimuda.my.

Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata pengisytiharan aset itu dilaksanakan secara telus dan calon-calon yang mengisytiharkan aset turut terikat dengan SD yang telah ditandatangani.

“Ini adalah proses tadbir urus baik yang MUDA letakkan sebagai prasyarat sebelum mereka dipilih secara rasmi untuk mewakili MUDA pada PRN.

Apabila dibuat melalui proses pengisytiharan aset melalui SD, kami bertanggungjawab terhadap SD itu dan kita semua tahu tidak boleh tipu dalam SD, tindakan boleh diambil. Pada masa yang sama, kami juga terbuka dan rakan-rakan media lain boleh lihat juga, saya rasa ini adalah adil,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Syed Saddiq berkata proses pengisytiharan aset ini penting kerana ia meletakkan sudut kebertanggungjawapan kepada mereka yang menyertai politik.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved