PRN: Manifesto BN-PH Kelantan betulkan 'kelemahan' Pas

Politics
4 Aug 2023 • 12:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Md Alwi

KOTA BHARU - Manifesto gabungan Barisan Nasional (BN) Pakatan Harapan (PH) Kelantan yang akan diumumkan pada jam 10 pagi esok (Sabtu) bakal memperbetulkan segala kesilapan dan janji yang tidak ditunaikan oleh Pas sebelum ini.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad berkata, beliau yakin gabungan itu mampu melaksanakan perkara tersebut kerana berada sealiran dengan kerajaan Pusat.

"Ada beberapa perkara menarik dan diyakini dapat memberi impak kepada pengundi," katanya semasa sidang akhbar pada Jumaat.

Menurut beliau, kandungan manifesto itu belum dapat didedahkan secara terperinci.

Ujarnya, bagaimanapun antara perkara menarik sebagai pengisiannya adalah Kerajaan Perpaduan bersetuju menubuhkan sebuah kolej universiti al-Quran tahfiz sains di negeri ini.

Md Alwi memberitahu, kerajaan berhasrat melahirkan golongan huffaz yang terlibat dalam bidang profesional.

"Kita mahu melahirkan doktor, juruukur atau arkitek yang hafal al-Quran dan sebagainya.

"Secara dasarnya ia seperti madrasah ulul-albab di peringkat sekolah tetapi yang ini di peringkat universiti.

"Ini akan kita laksanakan dan lain-lain pengisian yang mengejutkan... kita tunggu esok," katanya.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved