PRN: MB Kelantan raih majoriti 12,811 undi, pertahan Pasir Pekan

Politics
12 Aug 2023 • 11:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad

KOTA BHARU - Pesuruhjaya Pas Kelantan yang juga Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob meraih majoriti 12,811 undi sekali gus mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ahmad yang memperoleh 18, 783 undi berjaya menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Mohamad Zamakh Sari Ibrahim dengan 5,972 undi.

Keputusan itu menyaksikan Ahmad berjaya mengekalkan kerusi yang disandang sejak tahun 1995.

Sementara itu, Pas berjaya mengekalkan kerusi DUN Wakaf Bharu menerusi penyadangnya, Mohd Rusli Abdullah.

Mohd Rusli berjaya menewaskan calon dari Barisan Nasional (BN) Abdul Manan MD Said dengan majoriti 8,127.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved