PRN Melaka: 69.18 peratus keluar mengundi setakat pukul 5 petang

LocalPolitics
14 Nov 2026 • 5:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PRN Melaka: 69.18 peratus keluar mengundi setakat pukul 5 petang

PETALING JAYA – Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 terus meningkat kepada 69.29 peratus, sekali gus semakin menghampiri sasaran 70 peratus dengan berbaki kira-kira sejam sebelum pusat pengundian ditutup pada pukul 6 petang ini.

Berdasarkan data terkini yang dipaparkan menerusi papan pemuka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 463,685 daripada keseluruhan 669,211 pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Jumlah itu menyaksikan kadar kehadiran pengundi hanya berbaki 0.71 mata peratusan lagi untuk mencapai sasaran 70 peratus.

Mengikut pecahan Dewan Undangan Negeri (DUN), Serkam mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 78.61 peratus, diikuti Ayer Molek (77.97 peratus) dan Tanjung Bidara (75.42 peratus).

Sementara itu, Sungai Rambai merekodkan kehadiran sebanyak 75.26 peratus, Duyong (74.28 peratus), Ayer Limau (74.11 peratus) dan Merlimau (73.34 peratus).

DUN Bandar Hilir pula mencatatkan kadar kehadiran paling rendah setakat ini iaitu 56.70 peratus. – KOSMO! ONLINE

The post PRN Melaka: 69.18 peratus keluar mengundi setakat pukul 5 petang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved