PRN Melaka: Ab Rauf angkat sumpah Ketua Menteri Melaka esok

LocalPolitics
14 Nov 2026 • 9:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: Ab Rauf angkat sumpah Ketua Menteri Melaka esok
Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (dua dari kiri) dijadual mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka pada Ahad.

MELAKA – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dijadual mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka pada Ahad.

Majlis angkat sumpah tersebut dijadual berlangsung pada jam 11 pagi di Dewan Pejabat Yang di-Pertua Negeri (TYT) Melaka.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hebahan Unit Media Pejabat Ketua Menteri Melaka kepada pihak media pada Sabtu.

Terdahulu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Ab Rauf sebagai calon Ketua Menteri Melaka selepas gabungan BN-PAS memperoleh kemenangan 24 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Keputusan itu membolehkan gabungan berkenaan membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved