PRN Melaka: Adly minta penjawat awam pertimbang usaha kerajaan naikkan gaji

LocalPolitics
9 Nov 2026 • 2:23 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PRN Melaka: Adly minta penjawat awam pertimbang usaha kerajaan naikkan gaji

MELAKA – Pelbagai inisiatif serta dasar yang dilaksanakan kerajaan Persekutuan untuk penjawat awam wajar dipertimbangkan oleh 12,531 anggota keselamatan dan pasangan, yang akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 esok.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari berkata, inisiatif berkenaan termasuk kenaikan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus melalui pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), selain usaha kerajaan mengukuhkan ekonomi negara.

“Memang kalau kita lihat kerajaan di bawah Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah melunaskan janji-janji yang tertangguh agak lama, contoh macam kenaikan gaji.

“Malaysia juga telah berjaya mengatasi kekangan ekonomi, yang sebelum ini menjadi antara cabaran terbesar yang dihadapi negara selepas pandemik COVID-19, ketika beberapa negara lain, termasuk di rantau ini masih bergelut dengan cabaran ekonomi,” katanya pada sidang media harian di Bilik Gerakan Utama (BGU) PH di Bukit Baru di sini hari ini.

Adly yang juga calon PH di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil berkata, selain prestasi ekonomi dan imej Malaysia pada peringkat antarabangsa, beliau berharap penjawat awam turut mengambil kira usaha memperkukuh integriti, ketelusan dan tadbir urus negara dalam membuat pilihan esok.

Adly yang juga bekas Ketua Menteri Melaka berkata PH sudah mengambil langkah mendekati pengundi awal, bagi menerangkan hala tuju gabungan itu serta dasar dan inisiatif Kerajaan Persekutuan yang memberi manfaat kepada mereka dan keluarga. — BERNAMA

The post PRN Melaka: Adly minta penjawat awam pertimbang usaha kerajaan naikkan gaji appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved