PRN Melaka: Bertanding guna logo BN dialu-alukan – Mohamed Khaled

LocalPolitics
3 Oct 2026 • 3:44 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PRN Melaka: Bertanding guna logo BN dialu-alukan – Mohamed Khaled

KOTA TINGGI – Barisan Nasional (BN) sedia membuka ruang perbincangan dengan mana-mana parti politik termasuk Pas yang berhasrat menggunakan logo gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bagaimanapun, keterbukaan tersebut perlu berlandaskan syarat serta keputusan pokok yang telah ditetapkan oleh BN.

“Kalau itu sesuatu yang mereka berkehendakkan, kita bersedia untuk berbincang. Memang mereka sebut menerusi media, jadi saya jawab balik menerusi media.

“Mana-mana pihak yang bersedia untuk bertanding menggunakan logo BN amat kita alu-alukan, tetapi mesti bersandarkan kepada keputusan pokok parti,” katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Asrama Anak-Anak Yatim Islam Kota Tinggi di Asrama Anak-Anak Yatim Islam Kota Tinggi, di sini hari ini.

Terdahulu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, kerjasama Pas dan UMNO bagi menghadapi PRN Melaka semakin hampir direalisasikan selepas rundingan pembahagian kerusi antara kedua-dua parti itu mencapai 90 peratus.

Menurutnya, Pas juga dimaklumkan bersedia menggunakan logo BN dalam pilihan raya berkenaan sekiranya langkah tersebut mampu membawa kepada kata putus berhubung kerjasama kedua-dua parti. – KOSMO! ONLINE

The post PRN Melaka: Bertanding guna logo BN dialu-alukan – Mohamed Khaled appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved