PRN Melaka: Calon BN Machap Jaya keracunan makanan

LocalPolitics
4 Nov 2026 • 4:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: Calon BN Machap Jaya keracunan makanan
Hee Sem dirawat di sebuah hospital swasta selepas mengalami keracunan makanan. Foto: FB Ngwe Hee Sem

HANG TUAH JAYA - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem terpaksa mendapatkan rawatan selepas mengalami keracunan makanan pada Rabu.

Hee Sem dilaporkan mula merasai kurang sihat sejak dua hari lalu sempat singgah ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan serta ubat.

Keadaan itu tidak menghalang beliau meneruskan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

"Selepas berehat dan mendapatkan rawatan, Ah Sem kembali meneruskan kempen dengan semangat yang tidak luntur.

"Kesihatan mungkin sedikit terganggu, tetapi komitmen untuk terus bersama rakyat Machap Jaya tetap menjadi keutamaan," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved