PRN Melaka & Johor: Ahmad Maslan tegur jangan jerit sana sini, tunggu ‘lampu hijau’

LocalPolitics
1 Feb 2026 • 4:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan isu pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor perlu dibincangkan secara tertutup dan berhemah, bukannya diperdebatkan di khalayak ramai sehingga menjejaskan keharmonian Kerajaan Perpaduan.

Ahmad Maslan tak gemar pergaduhan

Memetik laporan daripada Sinar Harian, beliau menyatakan wakil Parti Amanah Negara (Amanah) di peringkat pusat dan negeri boleh duduk berbincang, namun rundingan perlu dilakukan pada saluran dan masa yang betul.

“Saya menunggu ‘lampu hijau’ untuk berbincang. Saya tidak gemar pergaduhan di khalayak ramai. Kita satu keluarga,” katanya.

image is not available

Ahmad Maslan jelaskan prinsip diamalkan dalam pembahagian kerusi

Ahmad juga menjelaskan prinsip yang diamalkan dalam pembahagian kerusi, iaitu parti yang memenangi sesuatu kawasan akan terus mempertahankannya, seperti berlaku di beberapa kerusi di Sabah dan di Sungai Bakap untuk PKR.

image is not available

Beliau turut menekankan Johor dan Melaka perlu membuat persiapan rapi menghadapi kemungkinan PRN dalam tempoh terdekat, selaras dengan jangkaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bahawa PRN Melaka boleh diadakan dalam tempoh dua hingga 10 bulan akan datang.

image is not available

Artikel lain: “Belanjawan 2026 tak sokong tapi minta macam-macam” – Ahmad Maslan sembur pembangkang

Untuk rekod, pada PRN 2021, BN menguasai 21 daripada 28 kerusi DUN Melaka manakala PH hanya memenangi lima kerusi dengan Amanah satu kerusi di DUN Bukit Katil.

Di Johor pula, BN menang besar pada PRN 2022 dengan 40 daripada 56 kerusi, manakala PH memenangi 12 kerusi termasuk satu milik Amanah di DUN Simpang Jeram.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)