PRN Melaka: Keputusan tanding lapan kerusi belum muktamad - DAP

LocalPolitics
18 Sep 2026 • 7:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: Keputusan tanding lapan kerusi belum muktamad - DAP
Poay Tiong
Image from: PRN Melaka: Keputusan tanding lapan kerusi belum muktamad - DAP
Nie Ching (tengah) menyaksikan simbolik penyampaian sijil penyiapan projek antara Cita Global dengan UTEM.

MELAKA – Sasaran DAP untuk bertanding di lapan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka masih belum muktamad dengan keputusan akhir akan diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, ia merupakan hasrat DAP Melaka ketika ini.

“Saya hanya cakap bagi pihak DAP Melaka. Saya sebagai Pengerusi DAP Melaka dan hasrat DAP Melaka ialah kita nak tanding lapan kerusi.

“Kita memang cadang lapan kerusi, tapi keputusan akhir itu tertakluk kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH),” katanya ketika mengiringi Timbalan Menteri

Komunikasi, Teo Nie Ching ke Projek USP Wi-Fi IPTA Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) pada Jumaat.

Poay Tiong berkata demikian ketika mengulas hasrat DAP bertanding lapan kerusi pada PRN Melaka.

Ditanya sama ada kerusi yang disasarkan dikurangkan sekiranya berlaku kerjasama dengan BN menerusi BN Plus, Poay Tiong berkata, perkara itu masih belum dapat dipastikan.

“Kita tunggu dan lihatlah,” katanya.

**media[3651780]**

Sementara itu, Nie Ching yang juga Naib Pengerusi DAP berkata, beliau yakin DAP mampu memberikan saingan pada PRN Melaka akan datang.

“Kita akan buat yang terbaik. Saya ada keyakinan terhadap Pengerusi DAP Melaka,” katanya ringkas.

Pada Rabu, Poay Tiong memberitahu parti itu mahu bertanding di lapan kerusi DUN pada PRN Melaka.

Ia meliputi empat kerusi yang kini disandang parti itu iaitu Bandar Hilir, Kesidang, Kota Laksamana dan Ayer Keroh, selain Duyong, Bemban, Pengkalan Batu dan Gadek.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved