PRN Melaka: Kerjasama BN-PN kesinambungan muafakat demi rakyat - Asyraf Wajdi

LocalPolitics
31 Oct 2026 • 3:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: Kerjasama BN-PN kesinambungan muafakat demi rakyat - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi (dua dari kiri) sempat bersama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang (duduk) di pusat penamaan calon DUN Bukit Katil.
Image from: PRN Melaka: Kerjasama BN-PN kesinambungan muafakat demi rakyat - Asyraf Wajdi
Suasana sekitar penamaan calon BN-PN yang turut dikongsikan Asraf Wajdi.
Image from: PRN Melaka: Kerjasama BN-PN kesinambungan muafakat demi rakyat - Asyraf Wajdi
Suasana sekitar penamaan calon BN-PN yang turut dikongsikan Asyraf Wajdi.

SHAH ALAM - Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 merupakan kesinambungan muafakat serta keikhlasan demi kesejahteraan rakyat Melaka.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, gelombang biru kerjasama kedua-dua parti itu jelas mewarnai suasana penamaan calon di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka.

"Ini merupakan kesinambungan muafakat yang telah terjalin di Negeri Sembilan dan diteruskan di negeri Melaka, berteraskan permuafakatan serta keikhlasan demi kesejahteraan rakyat Melaka.

"Kerjasama BN-PN ini perlu terus diperkukuh melalui semangat saling percaya dan bergandingan bagi merealisasikan hasrat rakyat yang mahu melihat dua parti terbesar Melayu Islam ini bekerjasama demi kepentingan ummah serta masa depan negara.

**media[3695352]**

"Semoga muafakat Melaka terus membawa manfaat kepada seluruh rakyat," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Dalam hantaran sama, beliau turut berkongsi kehadirannya mengiringi calon BN DUN Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem dan sempat bersama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang di pusat penamaan calon DUN Bukit Katil.

**media[3695351]**

Terdahulu, media melaporkan kerjasama di jentera BN dan PN disifarkan lebih tersusun berbanding PRN Negeri Sembilan, dengan fokus utama dua gabungan itu bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved