PRN Melaka: PM ucap tahniah kepada BN, ajak semua utamakan kepentingan rakyat

LocalPolitics
14 Nov 2026 • 11:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: PM ucap tahniah kepada BN, ajak semua utamakan kepentingan rakyat
Anwar

SHAH ALAM - Kerajaan Persekutuan akan terus mengukuhkan kerjasama dengan kerajaan negeri Melaka bagi menjamin kepentingan rakyat.

Menzahirkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan pada Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN) ke-16, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kini masanya untuk melangkah ke hadapan dengan mengutamakan kepentingan rakyat.

"Tahniah kepada Barisan Nasional atas mandat yang diberikan rakyat Melaka, semoga amanah ini digalas dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan negeri dan rakyat.

"Penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab demokrasi serta jentera dan semua calon Pakatan Harapan yang telah bekerja keras," katanya menerusi hantaran di Facebook, pada Sabtu.

BN dan Perikatan Nasional (PN) menguasai 24 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berdasarkan keputusan rasmi yang disiarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

BN yang dipimpin Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menguasai 21 kerusi, manakala PN di bawah Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, memperoleh tiga kerusi.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved