PRN Melaka: Setiausaha politik PM berdepan saingan tiga penjuru di Paya Rumput 

LocalPolitics
31 Oct 2026 • 10:56 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PRN Melaka: Setiausaha politik PM berdepan saingan tiga penjuru di Paya Rumput 

MELAKA: Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Azman Abidin akan berdepan saingan tiga penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, kali ini. 

Beliau dicabar calon Perikatan Nasional, Rafie Ahmad dan Abdul Rasyid Abu Bakar dari Parti Bersama Malaysia (Bersama).

Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Safuan Effendy Mat Ghani selepas proses penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi tadi.

Pada pilihan raya sebelum ini, kerusi berkenaan dimenangi Datuk Rais Yasin daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 629 undi. 

Bagaimanapun, Rais bertanding di DUN Sungai Udang pada PRN kali ini. -UTUSAN

The post PRN Melaka: Setiausaha politik PM berdepan saingan tiga penjuru di Paya Rumput  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved