PRN: Muda bakal tampil separuh calon wanita

Politics
3 Jul 2023 • 9:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Syed Saddiq

SHAH ALAM – Separuh daripada calon yang bakal diketengahkan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang adalah terdiri daripada wanita.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Muda mahu membawa sekurang-kurangnya 50 peratus calon wanita profesional yang mempunyai latar belakang yang baik serta berpendidikan tinggi.

Menurut beliau, ianya merupakan antara pembaharuan yang akan dibawa bagi menolak persepsi bahawa wujudnya Muda ini hanya berkisarkan dirinya semata-mata.

“Apa-apa keputusan berkenaan soal bertanding atau tidak bukan keputusan saya sahaja, tetapi calon Muda yang lain dibuat bersama pimpinan tertinggi parti.

“Kita ada jawatankuasa pemilihan calon dan saya nak pastikan kita buat secara struktur dan teratur sebab fokus kami adalah mahu membuat pembaharuan dan latih sebanyak mana pemimpin yang boleh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Sinar Live ‘Kuasa Ketiga atau Kacau Daun’ yang dihoskan oleh Haizir Othman yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Isnin.

Jelas Syed Saddiq lagi, beliau bersedia menerima teguran kerana parti itu bukanlah mengenai dirinya semata-mata.

“Akhirnya kita kena bergerak sebagai satu pasukan yang mencerminkan Malaysia sebenar, Malaysia yang dapat status negara maju,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved