PRN N.Sembilan: 4,400 anggota dan pegawai polis bertugas

10 Jul 2023 • 7:27 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SEREMBAN: Seramai 4,400 pegawai dan anggota polis akan bertugas di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini bagi memastikan keseluruhan proses pilihan raya itu berjalan dengan lancar.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof (gambar) berkata selain itu pihaknya juga akan menerima tambahan kira-kira 1,000 anggota dari Ibu pejabat polis Bukit Aman secara berperingkat, dan secara umumnya polis telah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi PRN ini.

Bercakap dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini beliau berkata selain itu polis telah mengenal pasti enam kawasan yang dilabel sebagai ‘hotspot’ di Negeri Sembilan dalam tempoh musim PRN ini.

Sementara itu Ahmad Dzaffir berkata kontinjen IPK negeri telah menyelesaikan 14 kes samun rumah susulan penahan lapan lelaki pada 1 hingga 8 Julai lepas, dengan 10 daripadanya membabitkan di Negeri Sembilan, tiga kes di Selangor dan satu kes di Perak, yang semuanya melibatkan jumlah kerugian RM550,000.

Beliau berkata semua mereka yang berumur 23 hingga 36 tahun direman selama lima hari dan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

Katanya lima daripada suspek mempunyai rekod jenayah seperti samun, mencuri, khianat, ugutan jenayah. -Bernama