PRN N. Sembilan: Calon MB tetap Tok Min – Anthony

LocalPolitics
24 Jul 2026 • 12:11 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PRN N. Sembilan: Calon MB tetap Tok Min – Anthony

JEMPOL – Walaupun diasak dengan pelbagai soalan demi soalan, DAP tetap berpegang teguh pendirian mereka bahawa calon Menteri Besar bagi Pakatan Harapan (PH) di negeri ini ialah Datuk Seri Aminuddin Harun.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, perkara itu dinyatakan dengan jelas dalam undang-undang tubuh negeri iaitu Menteri Besar ialah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melayu yang beragama Islam.

“Calon Menteri Besar kita hanya seorang saja iaitu Tok Min (Aminuddin). Saya tidak memenuhi syarat dan kelayakan tersebut. Okey, terima kasih,” katanya kepada pemberita selepas Lawatan Kerja Projek Siap Rel Gemas-Mentakab, di Stesen KTMB Bahau, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang dilaporkan berkata, PH hanya mempunyai Aminuddin sebagai sandaran bagi jawatan Menteri Besar.

Malah, ketika ditanya mengenai dakwaan Asyraf, kedudukan Aminuddin ‘goyah’ bertanding di kubur kuat BN, Anthony berkata, itu hanyalah kenyataan ‘jahat’. – KOSMO! ONLINE

The post PRN N. Sembilan: Calon MB tetap Tok Min – Anthony appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved