PRN N. Sembilan: Zahid harap sokongan diterjemah dengan undi BN

LocalPolitics
31 Jul 2026 • 9:39 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PRN N. Sembilan: Zahid harap sokongan diterjemah dengan undi BN

JEMPOL – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berharap gelombang sokongan yang diterima sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri ini diterjemahkan kepada kemenangan calon BN pada hari pengundian esok.

Beliau berkata, mengikut jangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kadar keluar mengundi dijangka melebihi 71 peratus, manakala peratusan pengundi awal melebihi 91.1 peratus boleh menjadi pemangkin kepada keputusan pilihan raya kali ini.

“Jika trend ini dapat dipertahankan atau menghampiri kadar pengundian awal, ia merupakan satu game changer untuk diterjemahkan di Negeri Sembilan. Saya harap begitu,” katanya selepas menghadiri Gema@Kemas DUN Jeram Padang di Dewan Terbuka Kampung Taman Jaya di sini hari ini.

Mengulas pembentukan kerajaan negeri selepas PRN, beliau berkata, mana-mana gabungan yang memperoleh mandat perlu dihormati dan diberi ruang mentadbir Negeri Sembilan demi memastikan kestabilan politik terus terpelihara.

“Kita tidak mahu rumah siap, tetapi berbunyi. Siapa sahaja yang mendapat perkenan Tuanku untuk mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar mesti mendapat sokongan padu supaya Negeri Sembilan terus maju dari segi ekonomi, industri dan peluang pekerjaan,” ujarnya.

Beliau berharap BN muncul sebagai gabungan yang lebih dominan selepas keputusan diumumkan, namun segala-galanya bergantung kepada mandat rakyat menerusi peti undi. – KOSMO! ONLINE

The post PRN N. Sembilan: Zahid harap sokongan diterjemah dengan undi BN appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved