Pada 1 Ogos ini seluruh rakyat di Negeri Sembilan akan menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengundi dan memilih calon pemimpin di kawasan mereka bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang ke-16.
Oleh itu, banyak parti politik kini sedang sibuk berkempen bagi memenangi hati rakyat untuk memberikan mandat dalam mentadbir kawasan yang dicalonkan.
PH umum manifesto bertema ‘Kekal Harapan’
Semalam (20 Julai) Pakatan Harapan (PH) telah melancarkan manifesto yang bertema ‘Kekal Harapan’ dan menggariskan sebanyak 10 komitmen utamanya.
Pelancaran bagi manifesto bagi PH itu telah disempurnakan oleh:
- Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun
- Timbalan Pengerusi PH, Anthony Loke
- Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman
Ini 10 garis komitmen dalam manifesto yang diumumkan oleh PH
10 komitmen yang digariskan itu meliputi:
- Mengekalkan kerajaan stabil, bersih dan mesra rakyat
- Memperkasa Skim Sejahtera Rakyat (SSR)
- Ekonomi berdaya saing dan mewujudkan sebanyak 30,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi
- Pendidikan berkualiti untuk semua
- Membina 20,000 rumah mampu milik serta penyelesaian isu tanah
- Belia, wanita dan keluarga diberi keutamaan
- Pembangunan pelancongan dan warisan adat
- Kemajuan seimbang bandar dan luar bandar termasuk FELDA
- Pertanian moden dan keterjaminanan makanan
- Infrastruktur strategik dan perkhidmatan kesihatan berkualiti serta perduan agama, keharmonian dan kemajuan untuk semua
5 projek berimpak tinggi turut digariskan dalam manifesto PH
Bukan hanya itu, manifesto parti tersebut turut menggariskan matlamat bagi menjaya lima projek yang berimpak tinggi seperti:
- Seremban Sentral
- Kekerapan komuter Seremban-Kuala Lumpur (KL)
- Hospital baharu di bandar Enstek, Nilai
- Pelaburan antarabangsa baharu di Port Dickson
- Pembinaan rumah kedua di lot kediaman FELDA
- Merealisasikan pintasan Senawang – Port Klang
Hala tuju baharu membawa N9 jadi negeri lebih maju menjelang tahun 2045
PH juga menyatakan ia bukan sekadar menawarkan janji sebaliknya kesinambungan kepada dasar yang sudah terbukti berjaya dilakukan sepanjang mentadbir negeri.
Bukan hanya itu hala tuju baharu berkenaan juga membawa Negeri Sembilan untuk menjadi negeri yang lebih maju, berdaya saing mampan termasuklah inklusif dalam menjelang pada tahun 2045.
Selain itu sepanjang dua penggal PH mentadbir Negeri Sembilan mereka juga telah membuktikan bahawa kerajaan yang stabil turut mampu membawa kepada kemajuan yang nyata.
Berjaya catat rekod pelaburan tertinggi dalam sejarah Negeri Sembilan
“Negeri Sembilan berjaya mencatat rekod pelaburan tertinggi dalam sejarah negeri, mewujudkan ribuan peluang pekerjaan baharu, memperkukuh jaringan kebajikan rakyat, memperkasa institusi pendidikan, memperluas pembangunan infrastruktur dan mengekalkan kedudukan kewangan negeri yang kukuh.
“PH komited untuk meneruskan agenda pembangunan Negeri Sembilan yang stabil, progresif dan inklusif.
“Manifesto ini berpaksikan keperluan rakyat, pertumbuhan ekonomi yang mampan, peluang pekerjaan berkualiti, kebajikan yang menyeluruh dan pembangunan yang seimbang untuk seluruh lapisan masyarakat,” jelasnya, lapor Berita Harian.
Selain itu, PH juga memaklumkan mengenai komitmen dalam menyemarakkan siar Islam sebagai:
- Agama Persekutuan
- Memperkukuh institusi Islam negeri
- Memperkasakan pembangunan ummah
- Mempertahan keharmonian masyarakat majmuk
- Kebebasan beragam
- Perpaduan rakyat seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Senarai Penuh Calon PRN Negeri Sembilan Ke-16


