PRN: Nama-nama besar PH-BN Kedah kecundang

Politics
13 Aug 2023 • 8:48 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dari kiri Mahdzir, Mahfuz, Dr Ismail dan Tan Kok Yew ketika hadir mesyuarat PH-BN baru-baru ini.

ALOR SETAR - Nama-nama besar pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Kedah kecundang di kerusi ditandingi, biarpun sebahagian daripada mereka merupakan calon heavyweight.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang membuat kemunculan semula bertanding di kerusi DUN Pedu tewas kepada penyandang kerusi berkenaan, Mohd Radzi Mat Amin dengan majoriti 6,373 undi.

Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar yang kali kedua bertembung dengan pencabarnya, Radzi Mat Din turut tewas di DUN Alor Mengkudu dengan majoriti agak besar, iaitu 10,104 undi.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh yang bertanding di DUN Pengkalan Kundor juga gagal mempertahankan kerusi disandang apabila dimenangi calon Perikatan Nasional (PN), Mardhiyyah Johari.

Sementara Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew turut gagal mempertahankan kerusi DUN Derga yang dimenangi muka baharu dari Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu), Muhammad Amri Wahab.

Turut gagal mempertahankan kerusi disandang termasuk bekas Ketua Pembangkang DUN Kedah, Datuk Zamri Yusof di DUN Suka Menanti.

Keputusan PRN ini menjadi tamparan hebat kepada kepimpinan PH-BN yang sebahagian besar tewas kepada calon muka baharu yang diketengahkan PN.

PN tampil menang bergaya dengan menguasai 33 kerusi daripada keseluruhan 36 DUN di Kedah.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved