PRN Negeri Sembilan: Abdul Hadi arah ahli Pas undi BN demi pastikan kemenangan gabungan

LocalPolitics
30 Jul 2026 • 9:59 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Negeri Sembilan: Abdul Hadi arah ahli Pas undi BN demi pastikan kemenangan gabungan
Abdul Hadi ketika berucap pada Ceramah Mega Birukan Seremban pada malam Rabu.

SEREMBAN – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengarahkan seluruh ahli dan penyokong parti itu mengundi calon Barisan Nasional (BN) di kawasan yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, 1 Ogos ini.

Beliau berkata, arahan itu merupakan sebahagian daripada strategi kerjasama BN-PN bagi memastikan kemenangan gabungan berkenaan.

"Saya ulangi seruan saya. Orang Pas di kawasan BN mesti undi BN dan bekerja untuk mereka. Begitu juga orang BN perlu bekerja di kawasan Pas bertanding supaya kita mendapat kemenangan," katanya ketika berucap pada katanya ketika berucap pada Ceramah Mega Birukan Seremban di sini, malam Rabu.

Menurut Abdul Hadi, strategi sama pernah dilaksanakan di Johor apabila penyokong PN mengundi calon BN sehingga gabungan itu memperoleh kemenangan besar.

Beliau berkata, Pas ketika itu berperanan sebagai "barisan pertahanan", manakala BN berada di barisan hadapan, namun kerjasama tersebut berjaya mencapai matlamat yang diinginkan.

Katanya, sekiranya kerjasama itu membuahkan kemenangan di Negeri Sembilan, model sama akan terus diperkukuhkan pada masa akan datang.

Dalam ucapannya, Abdul Hadi turut mendakwa kerjasama BN-PN penting bagi mengekang pengaruh DAP, selain menggesa pengundi muda menyokong gabungan itu demi masa depan negara.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved