PRN Negeri Sembilan: Anwar mohon rakyat beri mandat kukuh kepada PH

LocalPolitics
19 Jul 2026 • 9:14 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Negeri Sembilan: Anwar mohon rakyat beri mandat kukuh kepada PH
ANWAR IBRAHIM- Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon pertimbangan dan kepercayaan rakyat Negeri Sembilan untuk memberikan mandat lebih kukuh kepada gabungan berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu.

Menerusi catatan di Facebook, Anwar yang juga Perdana Menteri berkata ia bagi memastikan kesinambungan pentadbiran yang bersih, stabil dan berintegriti di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata pelbagai ikhtiar telah digerakkan sejak 2018, namun masih banyak yang perlu diteruskan agar kesejahteraan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Negeri Sembilan.

"Semoga semua calon PH dikurniakan kekuatan, dipermudah segala urusan dan diberikan kejayaan yang terbaik. Kepada ALLAH SWT kita berserah,” kata beliau.

ARTIKEL BERKAITAN: Penamaan calon buka tirai PRN Negeri Sembilan ke-16

PRN Negeri Sembilan: Penyokong parti 'lawan' sorakan

PRN Negeri Sembilan: Jangan campur aduk adat dengan politik - Tok Mat

PRN Negeri Sembilan: Anthony berdepan calon BN di DUN Chennah

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sebanyak 103 calon disahkan bertanding pada PRN Negeri Sembilan ke-16 bagi merebut 36 kerusi DUN, selepas proses penamaan calon selesai dijalankan hari ini.

PH mendominasi saingan dengan menampilkan 36 calon termasuk Aminuddin di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi, diikuti Barisan Nasional (BN) sebanyak 25 calon, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 24 calon dan Perikatan Nasional (PN) 11 calon.

Parti yang turut bertanding ialah Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang masing-masing menghantar seorang wakil, selain empat calon Bebas.

DUN Negeri Sembilan dibubarkan pada 5 Jun lepas dan SPR menetapkan 1 Ogos sebagai tarikh pengundian, manakala undi awal pada 28 Julai ini.

Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari https://prn.bernama.com/n9. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved