PRN Negeri Sembilan: Bersatu bertembung Pas, Wawasan di lapan kerusi

LocalPolitics
17 Jul 2026 • 6:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Negeri Sembilan: Bersatu bertembung Pas, Wawasan di lapan kerusi
Bersatu bertembung Pas, Wawasan di lapan kerusi PN Negeri Sembilan

SHAH ALAM - Empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dijangka menjadi tumpuan apabila menyaksikan pertembungan sesama komponen Perikatan Nasional (PN) dengan calon Pas.

Bersatu yang mengumumkan senarai 24 calon juga bakal berdepan calon Parti Wawasan Negara (Wawasan) di empat lagi kerusi, menjadikan lapan kerusi melibatkan pertandingan antara parti-parti komponen PN.

Empat kerusi yang menyaksikan pertembungan antara calon Bersatu dan Pas ialah di Serting, Ampangan, Paroi dan Bagan Pinang manakala empat kerusi bertembung dengan calon Wawasan ialah di Klawang, Sikamat, Mambau dan Gemas.

Sementara itu Gerakan meletakkan calon di Bukit Kepayang dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) bertanding di Lukut.

Sebelum ini Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yasin menjelaskan, parti itu akan menggunakan logo sendiri dalam pilihan raya berkenaan.

Setakat ini, Bersatu menjadi parti yang bertanding paling banyak kerusi dalam kalangan komponen PN pada PRN Negeri Sembilan, diikuti Pas dengan lima calon, Wawasan (empat) dan masing-masing satu bagi Gerakan dan MIPP.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved