PRN Negeri Sembilan: Jangan Mainkan Isu Institusi Diraja, Perlembagaan - PM Anwar

LocalPolitics
15 Jul 2026 • 9:37 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

PRN Negeri Sembilan: Jangan Mainkan Isu Institusi Diraja, Perlembagaan - PM Anwar

PRN Negeri Sembilan: Jangan Mainkan Isu Institusi Diraja, Perlembagaan - PM Anwar

KUALA PILAH, (Bernama) -- Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 supaya tidak memainkan isu berkaitan institusi diraja dan Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri berkata walaupun persaingan politik dibenarkan dalam amalan demokrasi, ia perlu berlangsung secara berhemah tanpa menyebarkan fitnah atau mencetuskan perpecahan dalam kalangan masyarakat.

"Kita boleh bertempur dalam politik, tetapi kita tidak boleh memfitnah. Kita boleh berbeza pandangan, tetapi jangan sampai merosakkan institusi yang menjadi asas negara," katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon PH bagi PRN Negeri Sembilan di sini semalam.

Turut hadir Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu, Pengarah Komunikasi PH Datuk Seri Fahmi Fadzil dan Pengarah Pilihan Raya PH Datuk Seri Amirudin Shari.

Anwar berkata rakyat Negeri Sembilan memerlukan kepimpinan yang bersih, berintegriti dan berupaya membawa negeri itu ke arah pembangunan yang lebih baik.

Beliau turut menyeru seluruh jentera PH bekerja bersungguh-sungguh demi masa depan generasi akan datang serta membawa perubahan terbaik kepada rakyat Negeri Sembilan.

"Saya yakin Negeri Sembilan boleh dipimpin dengan baik dan terus bergerak seiring dengan Kerajaan Persekutuan. Negeri Sembilan tidak harus ketinggalan," katanya.

Anwar berkata beliau juga yakin dengan kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun yang disifatkannya sebagai pemimpin yang mudah bekerjasama demi kepentingan rakyat negeri.

Pada majlis itu Anwar mengumumkan 36 calon yang menampilkan gabungan muka baharu dan pemimpin pengalaman daripada parti komponen PH iaitu PKR, DAP dan Amanah termasuk Aminuddin yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi serta Loke yang mempertahankan kerusi DUN Chennah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved