PRN Negeri Sembilan: Senarai Calon Pakatan Harapan, Barisan Nasional & Perikatan Nasional

LocalPolitics
17 Jul 2026 • 1:45 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

PRN Negeri Sembilan: Senarai Calon Pakatan Harapan, Barisan Nasional & Perikatan Nasional

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 yang akan diadakan pada 1 Ogos 2026 ini menyaksikan persaingan antara beberapa gabungan politik utama apabila Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing menampilkan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Pun begitu setakat ini hanya PH yang akan bertanding di kesemua 36 kerusi DUN bagi PRN Negeri Sembilan 2026 manakala BN dan PN telah mencapai persefahaman pembahagian kerusi yang menyaksikan BN bertanding di 25 DUN dan PN 11 kerusi.

Kerjasama antara kedua-dua gabungan itu menyaksikan beberapa parti komponen PN seperti PAS, Gerakan, MIPP dan Wawasan turut diberi ruang untuk bertanding di kerusi yang diperuntukkan kepada gabungan berkenaan.

BERSATU guna logo sendiri, akan umum calon 17 Julai

Sementara itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak terlibat dalam persefahaman pembahagian kerusi antara BN dan PN bagi PRN Negeri Sembilan kali ini dan akan menggunakan simbol (logo) parti mereka sendiri.

Meskipun belum memuktamadkan jumlah calon yang akan bertanding, Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yasin sudah mengesahkan yang pengumuman calon akan diadakan pada Jumaat (17 Julai).

MUDA, Bersama & Pejuang tidak bertanding PRN N9

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Parti Bersama Malaysia (Bersama) juga sudah memutuskan untuk tidak menyertai PRN N9 kali ini sementara Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) tidak meletakkan calon namun akan kekal menyokong PN. 

Bagi memudahkan pengundi mendapatkan maklumat mengenai calon yang bertanding, di bawah kami senaraikan nama calon PH, BN dan PN mengikut 36 kawasan DUN Negeri Sembilan.

Senarai ini disusun berdasarkan pembahagian daerah bagi memudahkan semakan mengikut kawasan masing-masing.

Senarai calon ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa sekiranya terdapat pengumuman baharu daripada mana-mana parti yang bertanding.

Senarai Calon PH, BN dan PN Bagi PRN Negeri Sembilan Ke-16

(Nota: Tatal ke kiri dan ke kanan untuk semak senarai penuh)

DaerahDUNPHBNPN
JelebuN01 ChennahAnthony Loke Siew Fook (DAP)Siow Kong Choon (MCA)
JelebuN02 PertangMohd Umry Abdul Khois (PKR)Datuk Seri Jalaluddin Alias (UMNO)
JelebuN03 Sungai LuiZainal Fikri Abd Kadir (PKR)Datuk Mohd. Razi Mohd Ali (UMNO)
JelebuN04 KlawangDatuk Bakri Sawir (Amanah)Danni Rais (Wawasan)
JempolN05 SertingYaacob Mahmood (Amanah)Mohd. Fairuz Mohd. Isa (PAS)
JempolN06 PalongMuhammad Zahin Zinal Abidin (PKR)Datuk Mustapha Nagoor (UMNO)
JempolN07 Jeram PadangG Manivannan (PKR)Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir (UMNO)
JempolN08 BahauTeo Kok Seong (DAP)Ah Chong Fui Ming (MCA)
SerembanN09 LenggengZarinna Abu Zarin (Amanah)Datuk Mohd. Asna Amin (UMNO)
SerembanN10 NilaiJ Arul Kumar (DAP)Lai Chien Kong (MCA)
SerembanN11 LobakChew Seh Yong (DAP)Dr P. Kumar (PAS)
SerembanN12 TemiangHo Weng Wah (DAP)Leaw Kok Chan (MCA)
SerembanN13 SikamatNor Azman Mohamad (PKR)Datuk Razali Abu Samah (Wawasan)
SerembanN14 AmpanganDatuk Muhammad Nazri Kassim (PKR)Datuk Dr Rafie Abd. Malek (PAS)
Kuala PilahN15 JuassehMohd Aidil Abdullah (PKR)Datuk Ismail Lasim (UMNO)
Kuala PilahN16 Sri MenantiMohd Kamarul Arifin Mohd Wafa (PKR)Muhammad Sufian Maradzi (UMNO)
Kuala PilahN17 SenalingHanis Alimin (Amanah)Mohamad Qayyum Abd Jalil (UMNO)
Kuala PilahN18 PilahDatuk Noorzunita Begum Mohd Ibrahim (PKR)Lisa Mat Yassin (UMNO)
Kuala PilahN19 JoholMohd Zailan Mohd Munawar (Amanah)Datuk Saiful Yazan Sulaiman (UMNO)
RasahN20 LabuDatuk Ahmad Faez Abdul Razak (PKR)Siti Nur Umairah Hashim (UMNO)
RasahN21 Bukit KepayangNicole Tan Lee Koon (DAP)Lee Boon Shian (GERAKAN)
RasahN22 RahangSiau Meow Kong (DAP)Yap Siok Moy (MCA)
RasahN23 MambauLee Kai Yet (DAP)Eric Michael (Wawasan)
RasahN24 Seremban JayaS Mugunthan (DAP)T Rajagopalu (MIC)
RembauN25 ParoiAhmad Shahir Mohd Shah (Amanah)Kamarol Ridzuan Mohd. Zin (PAS)
RembauN26 ChembongDanish Nazran Murad (PKR)Datuk Zaifulbahri (UMNO)
RembauN27 RantauDr Azizul Hakim Mahdi (PKR)Datuk Seri Mohamad Hasan (UMNO)
RembauN28 KotaMuhammad Allif Ibrahim (PKR)Suhaimi Aini (UMNO)
Port DicksonN29 ChuahDatuk Yew Boon Lye (DAP)Pau Juoy Chin (MCA)
Port DicksonN30 LukutChoo Ken Hwa (PKR)N. Sathes Kumar (MIPP)
Port DicksonN31 Bagan PinangNasir Rahman (PKR)Abd. Fatah Zakaria (PAS)
Port DicksonN32 LinggiDatuk Seri Aminuddin Harun (PKR)Datuk Mohd Faizal Ramli (UMNO)
Port DicksonN33 Sri TanjungDatuk Dr G Rajasekaran (PKR)A Achutan (MIC)
TampinN34 GemasSiti Aishah Seman@Othman (PKR)Ridzuan Ahmad (Wawasan)
TampinN35 GemenchehAbd Latif A Tambi (Amanah)Suhaimizan Bizar (UMNO)
TampinN36 RepahS Veerapan (DAP)Koh Kim Swee (MCA)
(Nota: Tatal ke kiri dan ke kanan untuk semak senarai penuh)

Sebagai info Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hari penamaan calon bagi PRN Negeri Sembilan adalah pada Sabtu (18 Julai), manakala mengundi awal pada 28 Julai dan hari pengundian 1 Ogos.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved