PRN: Pasangan OKU cacat penglihatan tetap tunai tanggungjawab mengundi

Politics
12 Aug 2023 • 12:57 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

SIK - Pasangan suami isteri Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan Roseri Ismail, 52, dan Rohana Abdul Manaf, 50, tidak ketinggalan menunaikan tanggungjawab untuk mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Roseri dan Rohana yang tinggal di Kampung Namek Tua tiba di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Seri Dusun, kira-kira pukul 9.45 pagi tadi dengan dibantu rakan mereka, Dahari Ahmad, 72, untuk mengundi bagi Dewan Undangan Negeri Belantek.

Roseri berkata walaupun tidak dapat melihat sejak lahir, setiap kali tiba pilihan raya, dia dan isteri tidak mahu ketinggalan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia.

"Kami bangun awal pagi, rasa seronok kerana masih berpeluang mengundi dalam pilihan raya kali ini. Kami tak tinggal lagi la untuk pi mengundi… pilihan raya umum sebelum ini pun kami berdua turun mengundi," katanya ketika ditemui Bernama di Sekolah Kebangsaan Seri Dusun di sini hari ini.

Sementara itu, Rohana berkata dia dan suami memilih untuk keluar awal ke pusat mengundi bagi mengelakkan kesesakan di pusat mengundi tersebut termasuk kemungkinan hujan jika keluar mengundi pada sebelah petang.

Pada PRN ini, DUN Belantek yang mempunyai seramai 28,165 pengundi menyaksikan saingan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) Mazli Saipi dengan calon Perikatan Nasional (PN) Ahmad Sulaiman. - 12 Ogos, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved