PRN: Pasukan keselamatan pantau ancaman elemen asing

LocalPolitics
24 Mar 2025 • 9:56 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Amir Anuar

TAWAU: Pasukan keselamatan sentiasa memantau semua aspek termasuk ancaman elemen asing menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk memastikan proses demokrasi dapat berjalan dengan baik.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk DCP Victor Sanjos berkata perkara terbabit sentiasa berada dalam pemerhatian dari semasa ke semasa.

“Buat masa ini, tidak ada ancaman (elemen asing) dikesan. Namun pasukan keselamatan sentiasa bersiap sedia untuk menangani sebarang permasalahan yang timbul ketika PRN hendak berjalan,” katanya menjawab soalan pemberita berhubung perancangan dan persediaan Esscom sebagai koordinator keselamatan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) menjelang PRN Sabah Ke- 17 yang dijadualkan tahun ini.

Victor, ketika ditemui semasa Program Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Ihya Ramadan Esscom di Masjid Al-Falah Kampung Budaya Pasir Putih di sini pada Sabtu, berkata Esscom menjalin kerjasama erat dengan Angkatan Tentera Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan pasukan keselamatan lain.

“Bagaimanapun, yang terpenting sekarang adalah kita bersama pasukan-pasukan keselamatan lain akan menunggu koordinasi selanjutnya apabila waktu itu (PRN) tiba,” katanya.

Menyentuh persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, Victor berkata pihaknya berada pada tahap kukuh untuk memberikan kawalan dan keselamatan terutama di perairan Esszone.

Beliau juga menggesa semua pasukan keselamatan untuk berwaspada dan berhati-hati dalam mengambil sebarang tindakan ketika musim perayaan.

“Kita juga mengingatkan sahabat-sahabat pasukan keselamatan yang bertugas supaya sentiasa memastikan penjagaan dan kesihatan diri, dalam menangani ancaman yang mungkin timbul,” katanya.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved