PRN: PKR, UMNO negeri sudah bincang secara tidak rasmi

Politics
21 Jan 2023 • 4:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Rafizi berucap pada Konvensyen Pilihan Raya PKR Negeri Terengganu di Taman Tamandun Islam pada Sabtu.

KUALA TERENGGANU, - Sudah ada perbincangan tidak rasmi antara PKR dan UMNO di peringkat negeri termasuk Terengganu berkenaan Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Beliau berkata bagaimanapun perbincangan itu hanyalah proses suai kenal antara kepimpinan kedua-dua parti dan bukannya melibatkan sebarang keputusan atau prinsip berhubung PRN.

"(Perbincangan mengenai PRN) belum secara rasmi. Yang berlaku sekarang secara tidak rasmi. Maksudnya di peringkat negeri masing-masing. Di Terengganu pun Nik Nazmi (Nik Ahmad Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan dan Terengganu) sudah jumpa dengan (Datuk Seri) Ahmad Said (Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu),” katanya.

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pilihan Raya PKR Negeri Terengganu di Taman Tamadun Islam di sini hari ini.

Katanya, keputusan mengenai PRN termasuk pembahagian kerusi dan penggunaan logo akan terlebih dahulu dibincangkan secara rasmi oleh kepimpinan parti-parti di peringkat pusat. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved