PRN: Polis mula pantau kawasan panas

10 Jul 2023 • 1:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Muhamad Zaki menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara dan sijil kepada Yusof pada Isnin.

KOTA BHARU - Polis Kelantan sudah memulakan pemantauan di 16 kawasan panas sempena pilihan raya kecil negeri (PRN) pada 15 Ogos depan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, antara kawasan yang dijangka mendapat perhatian ialah beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Bharu termasuk Kota Lama dan di Machang serta Gua Musang.

"Antara faktor yang diambil kira ialah penyokong dan sejarah parti selain penglibatan individu di kawasan berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Penyampaian Pingat Jasa Pahlawan Negara Tanpa Istiadat dan Penyerahan Sumbangan Katil Kepada Pesara Polis Sakit Kronik, Yusof Hussain, 80, di kediamannya pada Isnin.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Kebajikan Pesara Pegawai Rendah Polis Negeri Kelantan, Nordin Yaakob.

Bagaimanapun Muhamad Zaki berkata, polis turut menumpukan perhatian di kawasan lain bagi memastikan PRN berjalan lancar dan selamat.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, permohonan permit untuk mengadakan ceramah politik dijangka menggalakkan berdasarkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jelas beliau, permit akan dikeluarkan selepas penamaan calon pada 29 Julai depan dalam tempoh berkempen.

"Sekarang ini hanya melibatkan program sahaja dan kita tidak mengambil tindakan selagi tidak melibatkan penerangan atau ceramah berkaitan politik," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved