PRN Sabah: Dua anak TYT Sabah tanding di Sindumin, Sungai Manila

LocalPolitics
12 Nov 2025 • 1:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hazem Mubarak ketika ditemui pemberita selepas diumumkan sebagai calon di DUN Sungai Manila di SICC, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Legasi politik bekas Ketua Menteri Sabah yang kini Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman, diteruskan apabila dua anaknya diumumkan sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Yamani Hafez Musa, diumumkan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin, manakala adiknya, Hazem Mubarak Musa, diumum sebagai calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi DUN Sungai Manila.

AKAN MENYUSUL