PRN Sabah: Jangan gunakan kuasa untuk cari projek - Anwar

LocalPolitics
27 Nov 2025 • 9:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar ketika berucap dalam Program Grand Finale Harapan Urang Sabah di Kota Kinabalu pada Khamis malam.

KOTA KINABALU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak termasuk kerajaan yang bakal terbentuk di Sabah kelak agar tidak menggunakan kuasa untuk mencari projek atau mengaut kekayaan.

Sebaliknya, Anwar berkata, kerajaan Sabah kelak perlu gunakan kuasa untuk bangunkan negara ini.

Menurutnya, jika memerintah janganlah digunakan untuk mengkayakan diri dan anak-anak.

"Kerajaan Sabah mesti kuat dan Pakatan Harapan mesti kuat. Pakatan Harapan mesti dibagi menang supaya dapat bekerja dengan Sabah dan bekerja dengan Persekutuan.

"Kemudian guna kuasa untuk bangunkan negara, bukan guna kuasa untuk cari saham dan projek.

"Saya nak beritahu kepada kawan-kawan termasuk di Sabah jadi menteri kewangan, jadi Perdana Menteri bukan nak kayakan diri dan anak-anak. Berkhidmat kepada rakyat. Masa ini masa untuk kita berbuat sesuatu kepada rakyat," Katanya dalam Program Grand Finale Harapan Urang Sabah di Kota Kinabalu, pada Khamis malam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved