PRN Sabah: Peletakan jawatan Ewon tak jejas peluang UMNO – Khaled Nordin

LocalPolitics
10 Nov 2025 • 4:53 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Peletakan jawatan Datuk Ewon Benedick sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi tidak memberi kesan kepada peluang Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tindakan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan BN.

“Saya percaya dalam pilihan raya, macam-macam kempen dan macam-macam akan dicakap, jadi kita bersedia bersaing dalam PRN Sabah.
“Kita tanding dan letak calon tiada kaitan dengan mana-mana parti, saya percaya kita ada pendirian masing-masing,” katanya, hari ini.

image is not available

Peletakan jawatan Ewon tak jejas peluang

Ewon sebelum ini mengumumkan peletakan jawatan kerana tidak bersetuju dengan pendirian Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung isu hak 40 peratus hasil Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau dilaporkan berpegang teguh kepada prinsip dan matlamat penubuhan UPKO yang memperjuangkan pelaksanaan MA63 serta hak-hak Sabah sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

image is not available

image is not available

Semalam, BN Sabah mengumumkan 41 calon yang akan bertanding dalam PRN kali ini, termasuk dua calon berlatarkan kerjaya doktor perubatan.

Artikel lain: ‘Bikin Balik Sabah’ bukan sekadar slogan, BN tekad hidupkan ekonomi negeri- Zahid Hamidi

UPKO sebelum ini merupakan salah satu komponen BN namun meninggalkan gabungan itu selepas Pilihan Raya Umum 2018 dan kini menyertai Pakatan Harapan (PH).

image is not available

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled yang juga Menteri Pertahanan berkata, BN menggandingkan calon baharu dan lama bagi memastikan keseimbangan pengalaman serta semangat baharu dalam membawa pembangunan negeri.

 image is not available

“BN berhasrat membina semula Sabah selari dengan pembangunan dan kemajuan negara sekiranya diberi mandat pada PRN nanti.
“Sabah atau mana-mana negeri yang ingin dibangunkan dengan baik perlu mempunyai hubungan yang rapat dengan kerajaan Pusat,” katanya

Sumber: Malaysia Gazette (Zulhisham Isahak)