PRN Sabah: Presiden UPKO turut hadir ke Istana Seri Kinabalu

LocalPolitics
30 Nov 2025 • 8:32 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ewon Benedick (kanan) antara individu yang dilihat hadir ketika sesi mengangkat sumpah Ketua Menteri Sabah pada awal pagi Ahad.

KOTA KINABALU - Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick antara individu yang dilihat hadir ketika sesi mengangkat sumpah Ketua Menteri Sabah di Istana Seri Kinabalu pada awal pagi Ahad.

Beliau kelihatan bergambar bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Datuk Jamawi Jaafar.

Gambar berkenaan dimuat naik oleh Jamawi ke akaun Facebooknya pada Ahad.

Namun, masih belum ada pengesahan sama ada UPKO antara pihak yang memberi sokongan sehingga terbentuknya kerajaan Sabah awal pagi itu atau sebaliknya.

Terdahulu, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor, mengangkat sumpah pada jam 3.10 pagi Ahad sebagai Ketua Menteri Sabah ke-17 selepas berjaya memperoleh sokongan majoriti.

Setakat ini, belum diketahui secara rasmi semua parti atau gabungan yang terlibat memberi sokongan tersebut.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved