PRN Sabah: Ramai calon bertanding kerana tidak puas hati dengan kerajaan - Hamzah

LocalPolitics
16 Nov 2025 • 11:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hamzah dalam sidang media selepas Pelancaran Pusat Daerah Mengundi di Sandakan pada Ahad malam.

SANDAKAN - Pertembungan mencecah hingga 14 penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 Sabah menunjukkan semakin ramai tidak berpuas hati dengan kerajaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, mereka merasa tertekan sehingga mengambil tindakan sedemikian.

“Dulu jarang kita melihat keadaan begini kerana kita tahu kerajaan yang ada itu kita boleh persoalkan, kita boleh bertanya.

“Tapi hari ini tidak boleh. Hanya mereka sahaja tentukan. Rakyat merasakan kalau begitu caranya biarlah kami yang akan tentukan masa depan dengan mencalonkan diri,” katanya dalam sidang media selepas Pelancaran Pusat Daerah Mengundi di Sandakan, pada Ahad malam.

Terdahulu, seramai 596 calon bertanding dalam PRN ke-17 Sabah berbanding PRN sebelum ini seramai 447 calon.