PRN Sarawak: Hari Pengundian Ditetapkan Pada 12 Disember, Penamaan Calon 28 November

LocalPolitics
6 Nov 2026 • 11:58 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Disember 2026 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

PRN Sarawak bulan Disember

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun memaklumkan bahawa hari penamaan calon akan berlangsung pada 28 November, manakala pengundian awal ditetapkan pada 8 Disember.

Advertisement

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun

PRN kali ini diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang berkuat kuasa pada 26 Oktober lalu, selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Sebanyak 82 kerusi DUN bakal dipertandingkan meskipun Sarawak sebelum ini meluluskan cadangan penambahan 17 kerusi, menjadikan jumlah keseluruhan 99 kerusi.

Kempen PRN Sarawak

Bagaimanapun, proses persempadanan semula masih belum selesai, menyebabkan pilihan raya kali ini kekal melibatkan 82 kerusi sedia ada. Dalam masa sama, tempoh berkempen bagi pilihan raya negeri berkenaan ditetapkan selama 14 hari.

Untuk rekod, Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan pada PRN Sarawak ke-12 pada 2021, manakala Parti Sarawak Bersatu (PSB) memperoleh empat kerusi dan DAP dua kerusi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Dira Abu Zahar didakwa guna aset kerajaan ketika berkempen2026-11-03 16:11:56

BN Dun Rim, Dira Abu Zahar Guna Aset Kerajaan Ketika Berkempen? PH Buat Laporan Polis

The post PRN Sarawak: Hari Pengundian Ditetapkan Pada 12 Disember, Penamaan Calon 28 November first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved