PRN Sarawak: Proses Penamaan Calon Bermula, 82 Kerusi DUN Jadi Rebutan

LocalPolitics
28 Nov 2026 • 9:39 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

PRN Sarawak: Proses Penamaan Calon Bermula, 82 Kerusi DUN Jadi Rebutan

KUCHING - Persaingan merebut 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak memasuki fasa penting hari ini apabila proses penamaan calon berlangsung bagi menentukan jumlah calon yang bertanding di setiap kawasan, termasuk kemungkinan kemenangan tanpa bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

Proses yang dijadualkan berlangsung dari 9 pagi hingga 10 pagi di pusat penamaan calon ditetapkan di seluruh negeri itu bakal memuktamadkan senarai calon sebelum kempen rasmi selama 14 hari bermula, menjelang hari pengundian pada 12 Disember ini.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, meletakkan calon di kesemua 82 kawasan DUN, termasuk 11 muka baharu. 

Turut menyertai persaingan ialah DAP Sarawak, beberapa parti politik lain serta calon Bebas.

Bagaimanapun, keputusan beberapa parti politik utama termasuk PKR, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) untuk tidak menyertai pilihan raya kali ini telah mengubah landskap persaingan, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai tahap saingan di beberapa kawasan dipertandingkan.

Pada PRN Sarawak 2021, GPS memperoleh kemenangan di 76 daripada keseluruhan 82 kerusi DUN. 

Gabungan itu kini berusaha mengekalkan majoriti besar berkenaan.

Jumlah keseluruhan calon disahkan bertanding serta bilangan kerusi dimenangi tanpa bertanding menjadi antara perkembangan utama yang dinantikan daripada proses penamaan calon hari ini. 

Keputusan tersebut juga bakal memberikan gambaran awal mengenai corak persaingan pilihan raya di seluruh negeri.

Dalam perkembangan berkaitan, Polis Sarawak menggerakkan kira-kira 7,500 anggota dan pegawai bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam sepanjang tempoh pilihan raya.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Komisioner Datuk Saifullizan Ishak berkata, persiapan pihak polis merangkumi aspek kesiapsiagaan anggota, keselamatan, logistik serta penyelarasan dengan agensi berkaitan.

Hari pengundian ditetapkan pada 12 Disember ini, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 8 Disember. - Getaran, 28 November 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved