PRN: Selangor bincang dengan 5 negeri bubar DUN serentak

Politics
24 Nov 2022 • 3:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Amirudin

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan mengadakan perbincangan dengan Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan bagi mencadangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) dapat dijalankan serentak tahun hadapan, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

"Pembubaran DUN secara serentak perlu dilakukan bagi memastikan kos untuk mengadakan PRN di kesemua negeri tersebut pada tahun hadapan tidak terlalu tinggi,” katanya kepada pemberita di Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor di sini, pada Khamis.

Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan adalah di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) manakala Kedah, Terengganu dan Kelantan pula diterajui Pas.

Enam negeri tersebut tidak membubarkan DUN masing-masing untuk dijalankan secara serentak dengan peringkat Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November.

Menurut Amirudin, asas DUN di enam negeri itu tidak dibubarkan berserentak pada PRU15 itu kerana telah ada perbincangan tidak rasmi antara enam negeri itu mengenainya.

Beliau menjangkakan PRN akan dilaksanakan selepas Aidilfitri tahun hadapan namun bergantung kepada situasi di peringkat kerajaan persekutuan dan cuaca.

"Saya tidak boleh sebut bayangan (tarikh khusus bubar) tetapi kemungkinan sampai selepas Hari Raya, agak besar. Namun, kita akan lihat dan tertakluk kepada perbincangan dengan negeri lain," katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved